"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Saturday, February 28, 2009

Akhbar dalam pembelajaran (ADP)

Pagi tadi kami mengadakan Kursus/Bengkel Akhbar Dalam Pembelajaran (ADP), anjuran bersama SMK Pulau Nyior, PPD Kubang Pasu dan Berita Harian. Program diadakan di Pusat Ilmu Ishaqiah Pulau Pisang, Tunjang, Jitra. Peserta terdiri daripada semua guru SMKPN dan wakil dari 17 sekolah menengah sekitar Kubang Pasu.

Menurut pihak BH, telah lebih 10 tahun mereka tidak dapat memenuhi permohonan sekolah kerana kekurangan kakitangan dan kesibukan waktu untuk mengadakan Kursus/Bengkel. Pada kebiasaannya mereka hanya memberi kursus kepada bakal-bakal guru di IPT dan maktab-maktab sahaja. Tetapi Alhamdulillah, kali ini SMKPN telah bertuah kerana pihak Berita Harian dapat memenuhi permohonan untuk mengadakan Kursus/bengkel dengan sebahagian besar kos ditaja oleh pihak BH.

Beberapa objektif digariskan untuk memenuhi keperluan kursus dan kebanyakan guru rasa berpuas hati terhadap pendedahan yang diberikan untuk meningkatkan P&P guru. Rata-rata merasa seronok dan yang penting... kursus kena enjoy...jangan stress...walaupun sebenarnya ADP ini telah lama diperkenalkan yang dahulunya disebut Akhbar Dalam Darjah(ADD)...
gambar ni dari Mustaqim...

Read more...

Sunday, February 22, 2009

Sukan.....

Rabu selesaikan semuanya... Lega, dapat cuti 3 hari(Khamis,Jumaat,Sabtu). Punyala terok, sampai tak sedar pagi Khamis hampir 3 jam rehat..... Dapat cuti pun sebab dah macam 'roti canai' sebulan...

menunggu ketibaan vip
sambut tetamu

khemah tetamu
di panas terik...nasib...sabar jela anak-anak sekelian

Read more...

Sunday, February 15, 2009

KEINSAFAN

Suatu hari kami sekeluarga melihat sendiri detik-detik 'kepulangan seorang nelayan'. Timbul keinsafan melihat bagaimana mereka pulang dari mencari rezeki untuk keluarga di rumah. Bayangkan mereka bertarung nyawa mencari rezeki di lautan yang dikelilingi air.

Hati tersentuh kerana ketika ini teringat kembali bagaimana cerita-cerita arwah ibu semasa hidupnya. Sebenarnya diri ini juga adalah cucu kepada seorang nelayan tetapi sekalipun tidak pernah melihat bagaimana keperitan arwah ibu sebagai anak sulung mengharungi detik-detik kehidupan keluarga nelayan.

Kini, ada seorang pak tehku yang mewarisi pekerjaan atok, cucu-cucu...tak dapat dikesan... Menurut Pak Teh, keperitan nelayan dahulu lain dengan keperitan nelayan kini walaupun kedua-duanya sama ertinya...wallahhua'lam

video

"Apa yang penting? Kerjasama"
Mereka semua adalah nelayan dan pulang bersama.
Bayangkan jika mereka tidak bekerjasama... di mana bot-bot mereka?

Read more...

Thursday, February 12, 2009

'STRESS'

Hampir 2 bulan 2009, macam-macam reaksi guru di sekolah kami, ada yang tension, penat, geram dan sebagainya tak kurang juga yang kata ok, tak kesah... Ada seorang guru tu kena pindah ke sekolah kami tapi tak nak datang, katanya, "dulu aku makan 2 biji pil je, tapi bila aku datang, tengok pagar je, ni belum masuk lagi, kena telan 10 biji pil". Issyh issyh issyh, entahla pil apa kami tak tau. Syh...Jangan bising, ada juga yang nak minta tukar sekolah tau. Menyebut tentang stress saya teringat kepada seorang guru perempuan yang saya jumpa 2 tahun lepas telah membuat pencen awal. Apabila ditanya, beliau berkata "tak tahan, tension, rasa macam nak gila, lebih baik berhenti". Dan satu perkara lagi, kini ramai yang 'pergi' segera tanpa signal pada rakan dan sanak saudara. Rasanya inila punca dan gejala stress, sekiranya salah, mana-mana pakar boleh perbetulkan...
Ni ada satu petua bagaimana nak kurangkan stress, ada orang kata cakap senanglah, tak rasa tak tau. Wahai kawan-kawan, bila kita nak sesuatu, kena usaha sungguh, buat dengan betul, cuba ya; mula-mula

  1. Tarik nafas panjang-panjang, lepas perlahan-lahan, tarik lagi dan ulang beberapa kali. Semasa melakukannya jangan kosong tapi sambil mengingati/berzikir pada Allah dan mohon kekuatan kerana Allah sahaja tempat kita mohon pertolongan .
  2. Kemudian tenangkan fikiran dengan memujuk hati dan berkata 'relaxla' ramai lagi yang banyak masalah, masalah mereka lebih berat dari masalah kita.
  3. Jika masih merasainya, ambil wuduk dengan betul, bersolat dan mengadu padaNya dengan khusyuk dan buat seikhlas hati setiap perilaku kita.
  4. Ataupun bercakaplah dengan sesiapa yang kita rasa sesuai untuk mendengar masalah kita.
  5. Berfikir dan bertindaklah secara positif dengan membuat sesuatu pekerjaan lain yang berfaedah seperti beriadah, bersenam untuk mengeluarkan peluh dan segala toksik-toksik yang terhasil apabila kita stress.
  6. Cuba berurut untuk memperbetulkan kembali urat-urat stress yang menegang apabila kita stress dan selesaikan kerja satu persatu dengan tenang.
*Ingatlah yang paling penting apabila kita melakukan sesuatu perkara semuanya adalah kerana Allah SWT semata-mata dan pujuklah diri agar jangan tergoda dengan syaitan yang tidak tahu penat lelah mengganggu kita,InsyaAllah.
*Berusahalah kita mengurangkan stress agar kita dapat mengelakkan penyakit yang pelbagai akibat toksik yang terkumpul apabila stress.

Read more...

Friday, February 6, 2009

Kehidupan seorang insan dan hamba


Sebulan 2009 telah berlalu, ku lalui Januari dengan penuh dugaan. Dari satu peristiwa ke satu peristiwa, apakan daya diharungi jua. Sukar untuk dicatat atau dicoretkan, hanya Allah Yang Maha Kuasa, mengetahui apa isi di dada. Februari yang baru berlalu seminggu, juga banyak ceritanya. Bukan gerhana matahari saja bahkan gerhana pada diri ini dan seluruh negara, gawat di sini sana, pendidikan negara, ekonomi negara, politik negara, merangkumi semua. Apa nak jadi pada dunia? Apakan daya, kita semua terpaksa harungi kehidupan dunia. Hidup umpama roda, ada masa di atas dan ada masa di bawah, teruskan usaha jangan terpedaya.

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
(Surah Al-Imran :139)


Walau apa pun, ingatlah kita hidup hanya sementara, perlu mencari bekalan untuk masa hadapan, yang kekal selama-lamanya. Kita hidup sebagai HAMBA kepada TUANnya, bukan hidup untuk menongkat dunia, jangan amalkan sikap tamak haloba kerana dunia bukan kita punya, ada yang lebih berkuasa. Oleh itu, berjalanlah mengikut landasanNya, ikutlah segala suruhanNya, jangan alpa dan jangan lupa, berkhidmatlah sedaya upaya, tunaikan hak dan tanggungjawab kita, InsyaAllah ada ganjarannya. Semua yang berlaku adalah BENAR, pahala dosa, syurga neraka, semuanya BENAR belaka. Berusaha, berdoa dan bertawakkallah padaNya. Moga kita semua berjaya di dunia dan Akhirat jua, InsyaAllah.

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah : 129
)

Read more...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP