"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Sunday, January 25, 2009

WAHAI JIWA MUSLIM- palestine dan gerhana

Alhamdulillah, sana sini tiada henti perhimpunan, solat hajat, do'a qunut nazilah, kutipan dana, kempen boikot israel dan sekutunya dijalankan untuk membantu saudara kita di Palestine.



Di samping itu jangan lupa, Solat sunat gerhana matahari Khusyuful Shamsi (4.30-7.00 ptg 26 Jan 09)

Apabila terjadi gerhana, kita sebagai umat islam adalah dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W supaya bersegera melakukan amalan-amalan kebajikan seperti berdoa, berzikir, bersolat, bertakbir, bersedekah dan beristhigfar.

Sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Daripada Aisyah r.a ia berkata :sabda Rasulullah S.A.W: maka apabila kamu melihat gerhana itu,maka berdoalah kamu kepada Alah S.W.T serta berzikir, bersolat dan bersedekah".
(Riwayat Al-Bakhari)

Mudah-mudahan kejadian gerhana bulan ini akan menimbulkan keinsafan, menambah dan menguatkan lagi keimanan serta ketakwaan kita kepada Allah S.W.T

"Allah jualah yang memiliki kuasa pemerintahan langit dan bumi serta Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal . (Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memiliki tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):"Wahai tuhan kami!, tidaklah engkau menjadikan kesemua ini dengan sia-sia. Maha suci engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka".
(Ali -Imran ayat 189-191)



Sementara tunggu gerhana mari kita masak, guna bahan apa yang di dapur, dah letih menunggu, lepas solat boleh makan. Rasa tak gamak pulak nak makan sedap-sedap bila teringatkan sedara kita di Palestine tapi dah masak, perut lapar kena makanla...

Read more...

Thursday, January 22, 2009

5 vs. 5

Pagi kelmarin doktor buat minor operation, so dia bagi cuti 2 hari. Ingatkan sikit je rupanya boleh tahan juga, prosedur macam major juga, pening dan badan lemah sebab bius banyak dan makan kurang. Cuti lagi... minggu lepas cuti anak sakit, hai, awal tahun dah mula dengan cuti... tapi takpa, masa sihat dah buat kerja sungguh-sungguh. Itulah kita ni sebenarnya kena manafaatkan sungguh-sungguh 5 perkara sebelum datang 5 perkara;
1. SIHAT sebelum SAKIT
2. MUDA sebelum TUA
3. LAPANG sebelum SIBUK
4. BERDUIT sebelum HABIS DUIT
5. HIDUP sebelum MATI
Hari ni di sekolah ada program merentas desa SMKPN dan beberapa mesyuarat dijalankan di sekolah. Maafla kawan-kawan tak boleh nak tolong. Wartawan mana yang singgah tak tau la... Dalam utusan baru ni disiarkan majlis pemberian kutipan tabung palestin semasa kempen membantu rakyat palestin selepas solat hajat, qunut nazilah dan bacaan yaasin pada minggu lepas.

Esok mula cuti panjang... GONG XI FA CAI... program pun dah atur, nak ziarah kakak ipar di Perak nak umrah, ibu bapa di kampung, abang di Selangor buat operation minggu lepas, adik di Kapar yang tak berapa sihat juga tu, urusan penting dengan abang di Pahang, dan yang utama tugas penting suami di UMT... mengadap VC

Read more...

Wednesday, January 21, 2009

ORANG ARAB MAI SEKOLAH

Hari Isnin (19/1), ada 2 program di sekolah. Menerima tetamu dari Arab Saudi dan pegawai dari UUM. Besor-besornya diorang, lupa bawa kamera. Dah tak tau nak atur program apa, last-last main bola sepak dan sepaktakraw jela budak-budak tu dengan orang Arab tu, kelakar sebab tak biasa tengok orang besar lawan orang kecik. http://www1.uum.edu.my/nportal/penuh.html?page=main_penuh.html&idhebahan=16309&id_content=1

Kalau tak silap ada masuk Utusan hari Selasa, tapi tak pasti gambar yang mana satu. Minggu pertama hari tu Form 6 buat program, KOSMO datang ambil gambar.
http://www1.uum.edu.my/nportal/penuh.html?page=main_penuh.html&idhebahan=16136
Pengetua baru datang bulan Disember 2008 hari tu pun diorang masukkan dalam Berita Harian, berita satu muka pula tu.

Hairan juga kenapa wartawan suka benor ambil berita program sekolah. Tahun lepas Berita Harian je yang rajin mai setiap kali program, tahun ni wartawan lain pula suka singgah. Tak taula lepas ni wartawan dari akhbar dari mana pula yang singgah. Sekolah kami bukan asrama penuh, sekolah harian, orang kampung je... tak de istimewa, faham jela macam-macam jenis dan latar belakang guru, pekerja dan pelajarnya. Balik dari sekolah kalau letak kepala terus belayar tak tau sampai mana... Bayangkanla macamana didik anak-anak zaman sekarang, seorang di rumah pun dah jenuh, inikan pula hampir 2 ribu orang. Sekolah lain bilangan pelajar terhad tapi SMKPN ni asyik terima je, tak pernah pulak kami tolak. Tapi hari tu ada statement dari pegawai UUM masa mai sekolah "padanla orang selalu mai SMK Pulau Nyior". Tak taula apa maksudnya tapi dalam Kubang Pasu ni, Pn Latifah (Pengetua baru) kata memang SMKPN dok atas secara keseluruhannya dari segi guru dan pelajar termasuk kurikulum and kokonya selepas semua SBP sekitar Kubang Pasu.

Macam hari tu, punyala lama kami tak de Pengetua bila Pengetua Cemerlang Kanan kami tu pencen, dengar cerita JPN susah nak pilih calon sepertimana pengakuan Pengetua baru datang ni, wallahua'lam hanya Allah sahaja yang tahu, guru mengajar mendidik dan pelajar belajar seperti biasa...

Read more...

Sunday, January 18, 2009

PROGRAM TEMU MESRA PROFESIONAL

Alhamdulillah, hari Sabtu SMKPN telah mengadakan HARI TEMU MESRA PROFESIONAL untuk sesi pagi dan petang. Program ini dilaksanakan di awal tahun dan bukan di pertengahan tahun seperti tahun-tahun sebelumnya adalah untuk mengajak para waris berusaha membantu pihak untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah dan menangani permasalahan anak-anak lebih awal agar jangan menyesal dikemudian hari. Di antara ciri-ciri orang yang bermotivasi tinggi adalah orang yang awal bertindak melakukan sesuatu.

Pengetua sedang berucap dan memberi taklimat
Sebahagian para waris mendengar taklimat pengetua
Cikgu Harun Abd Ghani-Tenaga utama sesi petang (Pen. Kanan Petang)Cikgu Abd Rahman Talib- guru yang banyak jasa, pencen tahun depan

Di antara guru dan waris

Read more...

DO'A QUNUT NAZILAH

Ada yang tanya macamana nak baca qunut nazilah tu, ni antara do'a yang boleh dibaca;

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله
اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka, Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amiin…

Read more...

Friday, January 16, 2009

Solat hajat, qunut nazilah & yassin


Program solat hajat, do'a qunut nazilah dan bacaan yaasin turut dilaksanakan untuk penduduk Palestine oleh pelajar Islam sesi petang SMKPN bersama beberapa guru. Aminnn

Read more...

Wednesday, January 14, 2009

Fawwaz masih belum pulih

Baru je ke sekolah, dah dapat ujian Allah. Selama 3 hari Fawwaz masuk KMC(Kedah Medical Centre). Jangkitan kuman melalui luka di betis membimbangkan kerana ia merebak agak cepat yang menyebabkan demam panas yang kuat sehingga 'tarik' depan doktor. Jangkitan kuman bermula dari bekas luka, naik hampir ke lutut, sekarang habis keliling betis dan sampai buku lali.

Hanya padaMu ku pohon, musnahkanlah kuman yang cuba menjelajah badan anakku...

Read more...

Saturday, January 10, 2009

Fawwaz seronok bersekolah

Fawwaz kata "Fawwaz seronok sekolah"


Read more...

Friday, January 9, 2009

MEMENUHI PERMINTAAN KAWAN-KAWAN

Di sini disenaraikan barangan keluaran Yahudi yang kawan-kawan minta tolong saya tulis.

***Siapa singgah sila print dan edarkan***

Dr Yusoff Al-Qardhawi telah mengeluarkan fatwa "Satu riyal (Rm1.00) kita keluarkan membeli barangan (membantu) Yahudi bersamaan dengan
sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera-tentera Zionis (bermakna sebutir peluru kita keluarkan) untuk membunuh jasad penduduk Palestine"

SENARAI SYARIKAT YAHUDI DAN BARANGAN KELUARANNYA


1) Delta Galil Industries Ldt

  • Marks & Spencers
  • Carrefour
  • DIM
  • Donna Karan / DKNY
  • Ralph Lauren
  • Calvin Klein (cK)
  • Hugo Boss

2) Coca-Cola

  • Coca-Cola
  • Dr Pepper
  • Fanta
  • Sprite
  • Sunkist
  • Schweppes

3) Estee Lauder

  • Aramis
  • Clinique
  • DKNY

4) L'OREAL

  • Giorgio Armani Perfumes
  • Lancome Paris
  • Maybelline
  • Ralph Lauren Perfumes

5) Kimberly Clark

  • Tisu facial KLEENEX
  • Barangan KOTEX
  • Barangan HUGGIES

6) Nestle

  • Nescafe
  • Pure Life
  • Milkmaid
  • Nesquik
  • Maggi
  • Milkybar
  • KitKat
  • Smarties
  • Polo
  • Shreddies cereal
  • Frutips,
  • Felix - cat food
  • L'Oreal (important interest)

7) Johnson & hohnson

  • Barangan Baby

8) SARA LEE

  • Champion - athletic apparel untuk lelaki dan perempuan serta underwear lelaki
  • Sara Lee Bakery
  • Penyaman udara Ambi Pur
  • Intimat apparel Bali
  • Kiwi - shoecare
  • Brylcreem - bodycare

9) AOL Time Warner

  • Internet AOL
  • Majalah Time
  • Majalah Life
  • Buku-buku Time-Life dan lain-lain keluarannya
  • CNN
  • Program Internet Chat (ICQ)

10) NOKIA

  • Barangan elektrohik Nokia - telefon tangan, tv dsb

11) News Corporation

  • Filem 20th Century Fox, Fox Kids, dll
  • National Geographical

12) Intel

  • Processors - Celeron, Pentium, Itanium, etc
  • Motherboards, Chipsets, Adapters, Controllers, Network Products,
  • Komponen-komponen Wireless,
  • Embeded Products, Software Development Tools.

13) COMPANY : McDonald's

  • Restoran McDonald's Bulleted List

14) Starbucks

  • Starbucks Coffee Stores (4,709 locations world-wide)
  • Kopi, coklat, biskut, ais krim Starbuck
15) Timberland


  • Footwear: Hiking, Multi-Sport, Sandals, Casual, Office, Boots, PRO
  • Outwear: Leather Jackets, Waterproof Parka, Lightweight jackets
  • Clothing: Shirts, Polos, Sweaters, Sweat Shirts, T-Shirts, Pants, Shorts
  • Gear: Belts, Hats, Backpacks, Luggage, Socks, Sunglasses, Wallets, Watches

16) IBM


***Philip Morris pengeluar tembakau utama dunia adalah Yahudi !!!
***SAY NO TO ROKOK
!!!


Tindakan tuan/puan seterusnya ialah;

***Teruskan solat hajat dan doa qunut nazilah setiap hari agar Allah S.W.T menurunkan pertolongan kepada penduduk Palestin atau Baca Surah Al-Fiil dan berdoalah setiap lepas solat fardhu***


***Berusahalah kita semampu yang boleh walau sebesar zarah sekalipun kerana sekiranya semua orang dapat melakukannya InsyaAllah akan habislah peluru-peluru mereka itu...Jadilah kita seperti burung kecil yang cuba untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim dengan mengambil dan mencurahkan air hanya menggunakan paruhnya yang kecil sahaja supaya kita dapat menjawab apa usaha kita apabila ditanya Allah di Akhirat kelak, InsyaAllah***

Read more...

Saturday, January 3, 2009

Hijrah dan Masihi

Minggu ini terasa sibuk sikit kerana dalam kesibukan pengurusan menutup dan membuka sesi persekolahan, urusan persekolahan anak-anak juga perlu dibereskan. Hari ini bermulalah anak-anak pulang ke asrama masing-masing dan pembahagian tugas terpaksa dilakukan kerana pendaftaran asrama pada waktu yang sama, ke Kelantan dan Alor Star. Mula terasa sunyi...malam ini tinggallah kami bertiga tapi alhamdulillah ada peneman seorang lagi...
Lupa nak ucap, Selamat Menyambut Tahun Baru 1430H dan 2009...Moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas dan tahun sebelum-belumnya...dan sama-samalah kita berdo'a agar Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita yang telah lalu samada kita terbuat, tak sengaja kita buat maupun kita tak sedar terbuat... dan sama-sama kita berazam supaya tak mau buat, InsyaAllah.


Tahun 1429H dan 2008 telah berlalu, pelbagai peristiwa pahit manis, pengalaman pengajaran dan sebagainya akan menjadi lipatan sejarah dalam hidup masing-masing. Kedatangan 2009 kurang dirasai tetapi sambutan Ma'al Hijrah amat terasa dan menjadi kesan sekali terutama penduduk Palesin kerana mereka menyambutnya dengan kekejaman rejim zionis Israel.
Detik 12 malam 1hb 2009, suami dan semua anak-anak sedang nyenyak tidur tetapi bagi mata ini, masih tidak dapat ditutup kerana masih teringatkan bagaimana keadaan ummah di Bumi Palestin, hanya do'a yang dapat diungkapkan. Menitis air mata ini apabila melihat bagaimana perbezaan sambutan tahun 2009 di serata negara berbanding dengan Gaza, Bumi Palestin. Setiap negara menyambut dengan penuh gembira, di Kelantan disambut dengan laungan azan dan mereka di Palestin menyambutnya dengan linangan air mata dan darah... Walaubagaimanapun air mata mereka adalah air mata gembira dan syukur kerana mereka syahid dalam perjuangan sepertimana yang diungkapkan oleh salah seorang ahli keluarga mereka yang berada di Malaysia semasa Perhimpunan Ummah menentang rejim zionis Israel... Sesiapa pun tidak berhak mengizinkan rejim zionis Israel merampas bumi Palestin... Bagaimana dengan kita? Apakah peranan, usaha dan tindakan kita? Kita hendaklah berusaha dengan kemampuan yang ada pada kita, infa'kan sedikit dari harta kita untuk saudara-saudara kita, janganlah kita berhenti untuk bermunajat dan berdo'a untuk mereka serta sama-samalah kita mengajak insan di sekeliling kita memahami perjuangan mereka. Bagaimana dengan barang-barang keluaran rejim zionis Israel? Boikot saja, banyak lagi barangan keluaran kita yang boleh didapati, InsyaAllah sama-sama kita laksanakannya.


Oleh itu, bersempena dengan Ma'al Hijrah ini, marilah sama-sama kita berperanan berusaha untuk merealisasikan pengajaran penghijrahan Rasulullah SAW agar pelbagai permasalahan yang ada di negara kita dapat diatasi kerana jika murka dan bala Allah turun kena pada semua insan, wal'ayazubillahhiminzaliq...

Read more...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP