"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Sunday, December 28, 2008

DO'A AWAL TAHUN

Berdo'alah pada Allah banyak-banyak kerana do'a itu senjata bagi orang-orang mukmin.

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala puji Tuhan Pentadbir Sekelian Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka."

Read more...

DO'A AKHIR TAHUN

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala puji Tuhan Pentadbir Sekelian Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka."

Read more...

Friday, December 26, 2008

Percutian Panjang Sudah Berakhir



Orang Kedah kata "Cuti Sakan"... maksudnya cuti sungguh... Selama 9 hari kami sekeluarga memenuhi percutian ke beberapa tempat, berkunjung sanak saudara mengeratkan lagi tali silaturrahim. Alhamdulillah ianya berjalan dengan baik walaupun setengahnya berlaku tanpa dirancang lebih awal... perancangan tiba-tiba...
Bermula pada Isnin lepas kami ke Kelantan, anak-anak tidak boleh mandi laut kerana ombak masih kuat. Selasa dan Rabu di Terengganu atas urusan suami di UMT, petang Rabu kembali ke Kedah seketika untuk urusan suami di pejabatnya, petang Khamis balik kampung di Perak menghadiri kenduri di Parit Buntar, bertemu keluarga Mak Teh di jeti Lumut jam 10.30 malam dan sampai kampung Sekinchan, Selangor jam 2.15 malam. Sambil makan, bertanya khabar dengan mak cik dan ayah (tok cik dan atok) tentang keluarga dan hal semasa sehingga 4.30 pagi, tidur seketika kerana kewajipan mata masih belum ditunaikan. Jam 8.00 pagi Jumaat, bersempena dengan kepulangan kami, adik ajak berkumpul di Pantai Indah Resort. Alhamdulillah, perancangan ad-hoc berjalan lancar... selepas masak untuk semua keluarga, kami bertolak ke Apartment Pantai Indah Resort, Sg. Sembilang. Di sana kami dapat menyelesaikan beberapa agenda keluarga. Hanya abang/pak tam Sri Iskandar tidak dapat hadir kerana ada kenduri jiran sebelah rumah dan kakak/mak lang Sg Tengi kerana kurang sihat.

Selepas check-out jam 12 tgh Sabtu, kami terus bertolak ke rumah abang/pak long di Bt Kapar dan ziarah ibu bapa mertua adik yang kurang sihat. Kami sekeluarga bermalam di Bt Kapar kecuali suami terpaksa pulang jam 10.30 malam menaiki bas untuk menghadiri kursus di Pulau Pinang.

Petang Ahad kami bertolak menziarahi kakak/mak lang di Sg Tengi dan anaknya di Bkt Beruntung. Isnin, kami makan tengahari di rumah abang/pak ngah di Sg Besar. Malam Selasa kami bermalam di kampung. Petang Selasa kami bertolak ke rumah abang/pak tam di Sri Iskandar. Rabu, kami makan tengahari di rumah abang/pak cik di Lumut dan bertolak pulang ke Kedah jam 2.20... sampai rumah jam 6.30 petang. Hurgh... penat juga pandu kereta seorang diri... Walaubagaimanapun, alhamdulillah semuanya selamat... tamatlah percutian panjang kami yang penuh dengan pelbagai peristiwa, pengalaman, ilmu dan pengajaran... tak sangka dapat cuti panjang.

Hari Khamis sehari berada di rumah pengasuh Fawwaz menguruskan perkahwinan anaknya... Hari ini, pagi Jumaat ke kuliah Tok Guru dan mesyuarat khas. Hari Sabtu dan seterusnya akan ke sekolah untuk menguruskan hal-hal persekolahan. InsyaAllah, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan...

Read more...

Saturday, December 13, 2008

Nikmat Bersama Anak-anak

Raya balik Perak, tak balik Selangor sebab suami sibuk membantu pengurusan korban. Raya pertama 5 ekor di kampung, raya ke-2; 5 ekor di taman, raya ke-3; 10 ekor di UUM. Kami di rumah tak rancang apa-apa program, cuma menjalankan aktiviti keluarga di rumah dengan sesekali jiran bertandang. Raya ke-4; pergi 3 tempat kenduri bersama anak-anak. Ada juga kebaikannya tak ke mana-mana sebab barula rasa puas bersama anak-anak... semua ada... seronok... ada yang suka mengusik...ada yang suka merajuk...nak itu nak ini... minta ajar itu minta ajar ini.... macam-macam... dapat masak... makan bersama-sama... barula rasa nikmat bersama anak-anak... Mulai esok aktiviti luar akan bermula... sehinggalah buka persekolahan...

Read more...

Wednesday, December 10, 2008

Remaja Masa Kini dan Korban Ibu Bapa


Pada hari Sabtu lepas, 6 Dis 08 (8 Zulhijjah 1429H), kami keluar awal dari rumah kerana pada hari ini banyak program. Walaubagaimanapun kami hanya menghadiri 2 program sahaja iaitu Majlis perkahwinan anak murid yang telah bekerja di UPM dan Majlis Penutup Kem Bina Sahsiah 2008 di Kolej Insaniah Alor Star untuk mengambil Hamidatun Najah dan Faisal Akmal, anak Pak Cik Rosli. Kem ini adalah siri ke-5 yang dijalankan selama 3 minggu (21 hari) dan Perasmian Penutup disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah.

Para waris telah dibentangkan dengan analisis yang dibuat oleh Dr Ismail terhadap 226 peserta yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan berumur 15-18 tahun dari pelbagai negeri. Menurut beliau dapatan itu relevan dengan kebanyakan remaja masa kini. Pelbagai persoalan disentuh untuk mendapatkan luahan secara jujur anak-anak remaja ini. Apa yang menarik perhatian adalah tentang bagaimana kebanyakan(>60%) remaja lelaki selalu merasa terkongkong berada di rumah dan inginkan kebebasan manakala remaja perempuan walaupun kurang merasa terkongkong di rumah tetapi kebanyakannya (>80%) berpendapat perlunya kebebasan beragama. Perkara ini amat merbahaya jika intitusi keluarga dan masyarakat tidak mengambil berat untuk menangani permasalahan ini.

Pendidikan anak-anak dalam Islam, 7 tahun tahap ke-3 ini(umur 15-21 tahun) adalah merupakanmasa kritikal bagi anak remaja. Tahap inilah mereka suka mencuba dan berusha mencari serta membentuk diri masing-masing samada ke arah positif maupun negatif. Maka di saat inilah peranan ibu bapa amat penting untuk membimbing mereka, di mana ibu bapa perlu menjadi rakan kepada anak-anak untuk berkongsi permasalahan. Sekiranya ibu bapa tidak menjadi rakan karib, siapa yang akan menjadi rakan karib mereka. Jika mereka dapat rakan yang bagus beruntunglah, tepati sekiranya mendapat rakan yang sebaliknya wallahhua'lam apa akan jadi pada mereka.

Tidak semestinya ibu bapa yang berpendidikan dan berkedudukan tinggi dapat menguasai sepenuhnya hal ehwal pendidikan anak-anak dan keibubapaan. Begitu juga tidak semestinya ibu bapa yang rendah pendidikan formalnya tidak dapat menguasai hal ehwal pendidikan anak-anak dan keibubapaan. Ramai juga individu yang telah berjaya dan berakhlak mulia adalah lahirnya dari keluarga (ibu bapa) yang rendah pendidikan formalnya. Oleh itu sama-samalah kita semua tingkatkan usaha, jangan malu dan jangan segan untuk menuntut ilmu dalam semua bidang termasuk juga hal ehwal pendidikan anak-anak dan keibubapaan. Teori mudah, praktikalnya perlukan pengorbanan yang tinggi oleh semua pihak. Mudah-mudahan daripada individu yang berjaya akan lahirnya keluarga bahagia, masyarakat terjaga, negara aman bahagia dan umat terpelihara jauh seksa neraka, insyaAllah masuk syurga...

Read more...

Wednesday, December 3, 2008

Macam-macam

Telur burung dalam sarangnya
sarang burung boleh jadi fesyen...

Read more...

Monday, December 1, 2008

Terima yang baru jumpa yang lama






Hari ini, pagi mengawas SPM, pukul 1.00 singgah di sekolah, Pengetua baru bersama rombongannya tiba dan disambut oleh pihak pentadbiran sekolah dan beberapa guru lain sahaja, tak semua hadir kerana sekolah masih bercuti. Masing-masing yang lain tak sabar menunggu minggu terakhir cuti untuk mendengar visi dan misi Pengetua baru pula. Pn Latifah dari SMK Changlun ke SMKPN, En Rahim(SMK T Pauh) ke SMKC, En Zarawi (KBB) ke SMK Mgt Dewa. Lain-lain kurang pasti dari mana dan ke mana.

Pukul 3-5 petang ada temujanji bersama sahabat, balik sampai ke rumah pukul 6 dan kawan lama call nak singgah rumah untuk beberapa minit sahaja sekadar dapat bersua muka kerana ada urusan lain. Hampir 20 tahun baru hari ini boleh berjumpa, dengan hanya lebih kurang 15 minit sahaja kerana mereka sekeluarga dah nak sampai ( lbh kurang 8 km je lagi nak sampai rumah) maka terpaksalah masak "mee kuah bodoh" je... Seronoknya hari ni...siapa sangka pukul 1.30 terima Pengetua baru dan 6.30 petang jumpa kawan lama.

Read more...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP